mengenai produk kami
Pada tahun 2009, Ayam Bismi Sdn Bhd telah ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti memproses ayam di kilang selain sebagai medium penggerak kepada pemasaran dibawah jenama Ayam Bismi. Kapasiti memproses ayam pada awalnya hanya sekitar 3000 ekor sehari namun kini dengan kemajuan teknologi serta tenaga kerja, kilang Ayam Bismi mampu memproses melebihi 25,000 ekor sehari. Selain itu, rumah sembelihan yang berstatus HALAL JAKIM serta memiliki sijil MESTI yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kini jenama Ayam Bismi berperanan sebagai produk Ayam Halal di Malaysia. Secara khususnya, ayam segar merupakan produk utama Ayam Bismi yang dipasarkan oleh 14 Outlet Ayam Bismi di sekitar Kedah dan Perlis. Namun seiring peredaran masa, produk Ayam Segar Beku yang lebih mesra pengguna telah diwujudkan dan diedarkan melalui sistem ejen dan stokis. Kini jenama Ayam Bismi dikenali di seluruh Malaysia dengan dibantu oleh 500 ejen dan stokis yang telah direkrut oleh pasukan jualan dan pemasaran Ayam Bismi.
SENARAI PRODUK AYAM BISMI

AYAM HIDUP
Produk yang dibekalkan dibawah anak syarikat Bismi Cergas Sdn Bhd

AYAM SEGAR
Dibekalkan ke Outlet Ayam Bismi dan juga pengedar sah Ayam Bismi.

FFC POTONG 9
Seekor ayam sejuk beku yang siap dipotong 9 dan dicuci. Berat bersih 1.1-1.2 Kg.
FFC POTONG 12
Seekor ayam sejuk beku yang siap dipotong 12 dan dicuci. Berat bersih 1.3-1.4 Kg.

DRUMSTICK + THIGH
Potongan Paha Atas dan Paha Bawah didalam satu bungkusan. Siap dicuci. Berat bersih 1 Kg.

SAYAP (WINGS)
Potongan Sayap didalam satu bungkusan. Siap dicuci. Berat bersih 1 Kg.


DADA (BREAST)
Potongan Dada didalam satu bungkusan. Siap dicuci. Berat bersih 1 Kg.

THIGH
Potongan Thigh didalam satu bungkusan. Siap dicuci. Berat bersih 1 Kg.

ISI AYAM (BONELESS BREAST)
Potongan Isi Ayam didalam satu bungkusan. Siap dicuci. Berat bersih 1 Kg.

CHICKEN CHOP
Potongan ayam tanpa tulang didalam satu bungkusan. Siap dicuci. Berat bersih 1 Kg.

WF 1.3 KG
Seekor ayam sejuk beku sekali kepala dan kaki didalam satu bungkusan. Berat bersih 1.3 Kg.

WF 1.5 KG
Seekor ayam sejuk beku sekali kepala dan kaki didalam satu bungkusan. Berat bersih 1.5 Kg.

CHICKEN POPCORN
Produk 100% dari Isi Ayam. Terdapat dua perisa Original dan Pedas. Berat Bersih 500 gram.
AYAM PERAP
Seekor ayam sejuk beku dipotong dua dibahagian dada. Berat bersih 1.3 Kg. Terdapat 3 perisa iaitu Klasik, BBQ dan Tandoori.

REMPAH AYAM GORENG TANDOORI
Serbuk rempah hasil resepi istimewa Chef Din. Terdapat 2 berat iaitu 50 gram dan 300 gram.


KAMBING PERAP
Diperap bersama 24 jenis rempah. Daging lembut dan berjus.
Berat Bersih 500 gram.

AYAM KISAR
Menggunakan 100% isi dada ayam segar Bismi yang dikisar halus. . Berat bersih 1kg dan 400g.