set-chicken-parts.jpg

PEMPROSESAN AYAM BISMI

Ayam Bismi telah menjalankan aktiviti memproses dan menjual ayam segar sejak tahun 1988 lagi dan pada tahun 1994, Bismi Cergas Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk mengambil alih aktiviti memproses dan menjual Ayam Bismi secara sistematik. Namun pada tahun 2009, Ayam Bismi Sdn. Bhd. telah ditubuhkan bagi mengendali sepenuhnya aktiviti memproses ayam di kilang selain sebagai medium penggerak kepada pemasaran di bawah jenama Ayam Bismi. 

Kapasiti memproses ayam pada awalnya hanya sekitar 3000 ekor sehari. Namun dengan kemajuan teknologi serta tenaga kerja sedia ada, kini kilang Ayam Bismi mampu memproses melebihi 30,000 ekor sehari. 

Selain itu, Ayam Bismi mempunyai rumah sembelihan yang berstatus HALAL JAKIM serta memiliki sijil MESTI yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sekaligus menjadikan jenama Ayam Bismi sebagai produk Ayam Halal di Malaysia.

Secara khususnya, produk utama Ayam Bismi adalah ayam segar yang dipasarkan oleh 15 outlet di sekitar negeri Kedah dan Perlis. Namun seiring peredaran masa, produk Ayam Segar Beku yang lebih mesra pengguna juga diwujudkan dan diedarkan melalui sistem ejen dan stokis seluruh Semenanjung Malaysia. 

Melalui proses rekrut ejen dan stokis yang dijalankan berterusan oleh Syarikat, sehingga kini, Ayam Bismi sudah mempunyai 600 ejen dan stokis yang turut sama menjadikan jenama Ayam Bismi dikenali ramai, di samping aktiviti jualan dan pemasaran yang dijalankan oleh pasukan Ayam Bismi.

MAKLUMAT SYARIKAT :

IBU PEJABAT

No.11 Jalan Kangkong,

Simpang Empat

06650 Alor Setar

Kedah

KILANG PEMPROSESAN

No.11 Jalan Kangkong,

Simpang Empat

06650 Alor Setar

Kedah

STATUS SYARIKAT

Bumiputera

SEBARANG PERTANYAAN DAN ADUAN :

HOTLINE

1 300 88 2926

TEL. PEJABAT PENGURUSAN

04 765 1777

TEL. PEJABAT OPERASI / JUALAN

04 764 1828

NO. FAKS

04 764 1818

EMEL

marketing@ayambismi.com

IKUTI KAMI :

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

2021 by Ayam Bismi.

Proudly Created with Wix.com