Resepi Spaghetti Carbonara

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk spaghetti:
Air secukupnya
1 paket spaghetti, 500g
Sedikit garam
Minyak zaitun
Bahan-bahan untuk kuah carbonara:
Sedikit minyak zaitun
½ biji bawang Holland, potong dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 batang sosej, hiris nipis
capsicum merah dan hijau, hiris nipis
400g ayam kisar Bismi
serbuk black pepper
cendawan, hiris nipis
sos carbonara Prego
susu full cream
1 keping keju cheddar
Italian herbs kering
Daun parsley fresh, hiasan
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk masak spaghetti:
Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan.
Masukkan spaghetti kering, dan garam. Lebihkan garam biar air rasa sedikit masin. Rebus sehingga spaghetti lembut.
Tapis spaghetti dan tuang sedikit minyak zaitun dan kacau sebati supaya spaghetti tidak melekat.
Cara-cara untuk masak kuah carbonara:
Panaskan sedikit minyak zaitun.
Tumis bawang holland sehingga layu dan kemudian masukkan bawang putih.
Setelah kekuningan, masukkan sosej, capsicum dan serbuk black pepper. Kacau sekejap.
Masukkan ayam kisar Bismi dan serbuk black pepper.
Masukkan cendawan butang.
Masukkan sos carbonara segera dan tambah sedikit susu full cream. Masak sehingga mendidih.
Tambah 1 keping keju cheddar. Masukkan sedikit serbuk italian herbs kering.
Tabur dengan daun parseli yang dicincang halus dan sedikit garam.Sedia untuk dihidang.
Tips:
Jangan masukkan minyak zaitun semasa rebus spaghetti kerana ianya akan membazir bila kita tapis air nanti. Cukup sekadar tuang sedikit minyak semasa spaghetti lembut dan sudah ditapis.
Boleh ganti dengan seafoos lain seperti sotong