mengenai ladang kami

Pada tahun 1994, Bismi Cergas Sdn. Bhd telah ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti penternakan ayam. Permulaan aktiviti ini mensasarkan pembinaan reban-reban ayam. Pada awalnya, pembinaan reban ayam berkonsepkan sistem terbuka namun telah dinaiktarafkan kepada sistem tertutup dan lebih moden bagi menjamin keselesaan dan mengelakkan sebarang ancaman penyakit. Ayam di ladang kami diternak dalam tempoh matang likungan 35 hari. Setiap ternakan dikawal selia oleh pasukan Flock Health yang berpengalaman di mana ayam ternakan dijaga rapi dengan kaedah 'Halalan dan Toyyiban'. Kini, Ayam Bismi telah memiliki 18 buah ladang di sekitar Kedah dimana kapasitinya telah mencecah 2 juta ekor ayam.

ladang kami yang perlu anda tahu

LANSKAP LADANG

NYAMAN & MODEN

Berkonsepkan ladang yang nyaman dan dikelilingi tumbuhan hijau yang segar adalah keutamaan dalam pembinaan reban Ayam Bismi. Setiap ladang yang dibina mengikut spesifikasi yang dibenarkan oleh Jabatan Veterinar Malaysia. Kini, setengah dari ladang kami telah dinaiktarafkan kepada sistem tertutup dengan penggunaan sistem penyaman udara di dalam reban. 

TANPA SUNTIKAN & HORMON PEMBESARAN

Setiap ayam di ladang kami dipantau dan dijaga rapi oleh Pasukan Ladang yang berpengalaman bagi memastikan ayam membesar secara normal dan sihat. 

SUMBER MAKANAN BEBAS SISA KHINZIR

Seiring dengan konsep "Halalan dan Toyyiban", sumber makanan ayam di ladang kami akan diuji dahulu oleh ahli Mikrobiologi kami bagi memastikan sumber makanan tersebut bebas dari sisa khinzir. 

PASUKAN FLOCKHEALTH BERPENGALAMAN

Pasukan Flockhealth di ladang kami diketuai oleh Doktor Veterinar berpengalaman. Berperanan memantau setiap ayam di ladang bagi memastikan terhindar dari sebarang ancaman penyakit. 

MAKLUMAT SYARIKAT :

IBU PEJABAT

No.11 Jalan Kangkong,

Simpang Empat

06650 Alor Setar

Kedah

KILANG PEMPROSESAN

No.11 Jalan Kangkong,

Simpang Empat

06650 Alor Setar

Kedah

STATUS SYARIKAT

Bumiputera

SEBARANG PERTANYAAN DAN ADUAN :

HOTLINE

1 300 88 2926

TEL. PEJABAT PENGURUSAN

04 765 1777

TEL. PEJABAT OPERASI / JUALAN

04 764 1828

NO. FAKS

04 764 1818

EMEL

marketing@ayambismi.com

IKUTI KAMI :

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

2021 by Ayam Bismi.

Proudly Created with Wix.com