APA YANG ANDA NAK TANYA

Adakah Ayam Bismi Ayam Organik ?


Pada kami organik ni SUBJEKTIF. Tiada badan yang mengiktirafkan organik untuk ayam-ayam di Malaysia seperti JAKIM mengiktiraf HALAL. Kami juga boleh mengakui yang Ayam Bismi ini organik jika kami menggunakan basis : - Ayam kami diberi supplement & probiotik terbaik. - Diberi minum air bawah tanah yang dirawat dan ditapis. - Diternak diladang kami dan dipantau sepernuhnya oleh Dr Veterinar dan pasukan Teknikal Ladang yang sangat berpengalaman. Namun kami lebih suka menekankan faktor yang Ayam Bismi ini adalah : - Tanpa Suntikan - Tanpa Hormon Pembesaran - Tanpa ubatan larangan KKM - Tanpa dedak ayam yang mengandungi sisa khinzir - Ternakan Sembelihan Edaran 100% syarikat Islam.




Ayam Bismi beroperasi sejak bila ?


Sudah beroperasi melebihi 31 tahun dibawah Bismi Cergas Sdn Bhd. Namun pada tahun 2009, ia telah dijenamakan semula dibawah anak syarikat baru iaitu Ayam Bismi Sdn Bhd.




Adakah Ayam Bismi syarikat Bumiputera ?


Ya. Ayam Bismi telah diasaskan oleh Tuan Haji Jaffri Ahmad serta dibantu oleh isteri beliau Mazlina Kamarudin yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Bismi Empire. Kini, Bismi Empire telah memiliki 300 orang pekerja yang beragama Islam.




Adakah Ayam Bismi mempunyai sijil HALAL dan MESTI ?


Ya. Ayam Bismi mempunyai sijil HALAL yang berdaftar nombor 3 042-04/2013 oleh JAKIM serta sijil MESTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)





DSC_0246.JPG

MAKLUMAT SYARIKAT :

IBU PEJABAT

No.11 Jalan Kangkong,

Simpang Empat

06650 Alor Setar

Kedah

KILANG PEMPROSESAN

No.11 Jalan Kangkong,

Simpang Empat

06650 Alor Setar

Kedah

STATUS SYARIKAT

Bumiputera

SEBARANG PERTANYAAN DAN ADUAN :

HOTLINE

1 300 88 2926

TEL. PEJABAT PENGURUSAN

04 765 1777

TEL. PEJABAT OPERASI / JUALAN

04 764 1828

NO. FAKS

04 764 1818

EMEL

marketing@ayambismi.com

IKUTI KAMI :

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

2020 by Ayam Bismi.

Proudly Created with Wix.com