berita dan media

photo6111701676269350263.jpg

Ayam CSR, galak masyarakat bantu asnaf ketika PKP

Penulis : Jamliah Hj Abdullah,  7 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

 

PELBAGAI usaha boleh dilakukan oleh setiap individu untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada masyarakat mengikut keupayaan masing-masing apatah lagi ketika pandemik Covid-19 masih belum reda sepenuhnya.

Atas alasan itu, syarikat Ayam Bismi Sdn. Bhd.

meneruskan tradisi menghulurkan sumbangan melalui khidmat sosial korporat (CSR), dengan pemberian ayam percuma kepada golongan memerlukan.

Menurut Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd., Hajah Mazlina Kamarudin, inisiatif tersebut diwujudkan untuk membantu mereka tidak berkemampuan terutama golongan asnaf dengan pemberian seekor

ayam segar.

“Program Ayam CSR ini terbahagi kepada dua iaitu pertama melalui pemberian daripada syarikat Ayam Bismi sendiri dan kedua, daripada pihak atau individu lain yang ingin menyumbang.

“Matlamat syarikat adalah memberi peluang kepada orang ramai termasuk syarikat korporat untuk menderma dan membantu orang ramai yang memerlukan. Pemberian ayam yang segar, halal dan bersih daripada syarikat ini juga membolehkan masyarakat daripada golongan asnaf ini dapat makan makanan yang berkhasiat,” katanya.

Beliau menambah, syarikat turut menyediakan subsidi daripada setiap pembelian ayam untuk didermakan kepada mereka yang memerlukan itu.

“Contohnya, semalam, salah seorang pengedar sah kita daripada Putrajaya menyumbang 100 ayam kepada penduduk sekitar Simpang Empat,” katanya.

Jelasnya, syarikat berkenaan turut mengalu-alukan lebih banyak individu atau syarikat turut serta dalam program kebajikan ini dalam usaha membantu lebih banyak golongan memerlukan.

Dalam pada itu, menurut salah seorang penyumbang yang juga pengedar Ayam Bismi di Putrajaya, Puteh Soraya A Rahman, 42, beliau menyertai program tersebut sebagai usaha membantu meringankan beban masyarakat terutama yang terjejas akibat PKP penuh (lockdown) ketika ini.

“Saya yakin syarikat Ayam Bismi boleh uruskan kerja-kerja kebajikan ini dengan baik,” katanya yang menyumbang 100 ekor ayam bagi program terbaharu Ayam CSR semalam.

Bagi mereka yang ingin menyumbang melalui program Ayam CSR ini boleh menghubungi talian, 0195900060 untuk maklumat lanjut.

Syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan mengedarkan produk.

Bismi Empire Sdn Bhd berasal dari syarikat asal iaitu memproses dan menjual Ayam Bismi yang diasaskan oleh Tuan Haji Jaffri Ahmad pada 1988.

Ayam Bismi Sdn. Bhd. dan Bismi Cergas Sdn Bhd adalah pemilik jenama Ayam Bismi yang telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam segar beku (whole chicken) dan ayam segar beku (siap potong dan cuci). Selain itu, syarikat juga menyediakan produk sampingan seperti chicken popcorn, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

Rezeki Pakcik Ahmad mahu beli Ayam Bismi selepas jual setandan pisang kutip plastik

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢𝐡 𝐀𝐲𝐚𝐦 𝐁𝐢𝐬𝐦𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐚𝐥𝐬𝐮 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐠𝐢𝐠𝐢𝐡 𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢 𝐬𝐚𝐫𝐚 𝟕 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐤

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

Lady boss’ rindu tetamu RMP

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

Kisah penuh inspirasi Pengurus Besar Ayam Bismi, pernah diisytihar OKU

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

𝐀𝐲𝐚𝐦 𝐁𝐢𝐬𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐥 𝐯𝐢𝐫𝐚𝐥 𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐨𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐠𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐣𝐚𝐦𝐛𝐮

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

Sukar dapat kerja, pesakit buah pinggang syukur jadi warga Ayam Bismi

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

Anak petani kini warisi empayar ayam, apa rahsia Hajah Mazlina?

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

‘𝐒𝐞𝐥𝐞𝐫𝐚’ 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐞𝐤𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐮𝐬𝐚𝐡 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤𝐢 𝐛𝐞𝐠 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐆𝐮𝐜𝐜𝐢, 𝐋𝐕

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐲𝐚𝐦 𝐁𝐢𝐬𝐦𝐢 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐦𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐥 𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐮 𝐤𝐡𝐢𝐧𝐳𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐞𝐝𝐚𝐤

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

Ayam Bismi jadi pilihan santuni warga UUM

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

5 beradik terima rumah zakat, bantuan dermawan

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

𝑴𝑫 𝒌𝒐𝒏𝒈𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒆𝒕𝒂𝒉𝒖𝒂𝒏, 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒂𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒃𝒊𝒔𝒏𝒆𝒔 𝒂𝒚𝒂𝒎

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

Pelanggan kata Ayam Bismi 'cantik' - Taybah Mart

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

𝐃𝐮𝐭𝐚 𝐀𝐲𝐚𝐦 𝐁𝐢𝐬𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡 𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐚𝐬𝐧𝐚𝐟

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

Ibu tunggal, 4 anak huni rumah ‘kotak’

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

𝐁𝐞𝐛𝐨𝐥𝐚 𝐚𝐲𝐚𝐦 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐀𝐲𝐚𝐦 𝐁𝐢𝐬𝐦𝐢

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

𝐃𝐞𝐫𝐦𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐑𝐌𝐏

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

𝐃𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐬𝐦𝐢, 𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐀𝐲𝐚𝐦 𝐁𝐢𝐬𝐦𝐢

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

𝐃𝐮𝐚 𝐦𝐚𝐝𝐮 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐚𝐝𝐢𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐢𝐤 𝐭𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐫𝐚 𝟏𝟐 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐤

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐭-𝐓𝐚𝐪𝐰𝐚 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐀𝐲𝐚𝐦 𝐁𝐢𝐬𝐦𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐮𝐦𝐦𝐚𝐡

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐫𝐮𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐦𝐩𝐢𝐫 𝐑𝐌𝟐𝟎𝟎 𝐣𝐮𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐤 𝐏𝐊𝐏 𝟑.𝟎

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok

𝐍𝐚𝐤 𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐛𝐨𝐭𝐨𝐥 𝐩𝐮𝐧 𝐩𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐊𝐏 – 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐟

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
photo6190634714084256638.jpg

Ayam Bismi bantu kelangsungan hidup keluarga Mohd Yusoff

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  8 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

NASIB keluarga Mohd. Yusoff Mahmood, 58, diibaratkan jatuh ditimpa tangga.

Isterinya, Noor Hafizah Muslim, 53, menghidap penyakit tiroid dan darah rendah sementara anak perempuan, Noor Izzatul Hidayah, 20, mengalami masalah alahan kulit yang teruk sejak berusia lima tahun.

Mohd. Yusoff sebagai ketua keluarga turut didiagnosis awal tahun lepas menghidap ketumbuhan atau ganglion cyst pada pergelangan tangannya selain turut mempunyai darah tinggi.

Takdir hidup itu memang memeritkan bagi Mohd. Yusoff. Apatah lagi apabila dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap untuk menyara keluarganya itu.

Di sebalik penderitaan itu, nasib Mohd. Yusoff menampakkan sinar apabila dia mendapat peluang bekerja di bahagian pembungkusan kilang Ayam Bismi Sdn. Bhd. sejak lima bulan lepas.

Bagi Mohd. Yusoff, Ayam Bismi bukan sekadar tempat dia meraih rezeki malah diibaratkan penyambung hidupnya sekeluarga ketika dia kebuntuan mencari kerja di merata-rata tempat namun gagal.

“Pada usia sebegini saya tahu memang susah untuk dapat kerja tetap, siapa yang nak ambil saya berkerja? Jadi saya membuat pelbagai kerja sampingan sebelum ini termasuk mengilat kereta.

“Pada bulan Februari apabila kawan memberitahu Ayam Bismi memerlukan pekerja di bahagian kilang saya cuba minta dan tidak sangka dapat,” katanya yang menyewa di Taman Cengkih, Simpang Empat Alor Setar ketika ini.

Bagi Mohd. Yusoff, diterima sebagai warga Ayam Bismi yang beribu pejabat di Simpang Empat Alor Setar itu adalah penyelamat keluarganya.

“Saya memerlukan belanja yang banyak setiap bulan untuk kos rawatan isteri dan anak. Isteri pernah bekerja namun terpaksa berhenti kerana dia selalu pengsan.

“Anak pula dengan masalah kulitnya itu dia perlukan ubat dan suplemen khas dengan kos RM300 sebulan. Selain itu saya juga perlu bayar sewa rumah ini RM300 sebulan kalau tak ada kerja memang susah. Dulu saya buat kerja sambilan jual kereta namun bila Covid-19 susah nak kerja itu lagi,” jelasnya.

Bersimpati dengan nasib Mohd. Yusoff, Ayam Bismi melalui Ketua Pemasarannya, Wan Fazlina Wan Fhuad menyampaikan sumbangan duit raya kepada keluarga tersebut semalam.

Dalam pada itu, menurut Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd., Hajah Mazlina Kamarudin, sebagai sebuah syarikat bumiputera pihaknya membuka peluang luas kepada golongan tidak berkemampuan meraih pendapatan.

“Pekerja di Ayam Bismi terdiri daripada pelbagai latar belakang dan status seperti ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan keluarga seperti Mohd. Yusoff.

“Saya percaya apabila kita memberi rezeki kepada orang lain maka Allah akan turunkan rezeki kepada kita juga. Mungkin ini adalah doa-doa daripada pekerja-pekerja itu yang kita bantu,” katanya.

Syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan mengedarkan produk.

Bismi Empire Sdn. Bhd. berasal dari syarikat asal iaitu memproses dan menjual Ayam Bismi yang diasaskan oleh Haji Jaffri Ahmad pada 1988.

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
WhatsApp Image 2019-11-11 at 12.15.20 PM

Dari proses 50 ekor ayam, kini miliki 18 ladang bersepadu terbesar di utara tanah air

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

NAMA Ayam Bismi tentu bukan asing lagi dalam sektor ternakan, pemprosesan dan pengedaran ayam di bahagian utara tanah air malah merupakan satu-satu syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian kilang bersepadu terbesar dengan perolehan lebih RM160 juta, tahun lepas.

Di belakangnya adalah, Haji Jaffri Ahmad selaku Pengasas dan Presiden Ayam Bismi Empire Sdn. Bhd., yang sudah 33 tahun berkecimpung dalam industri tersebut dan terus berkembang saat ini.

Berkat kegigihan anak jati Kedah itu sebuah bisnes kecil-kecilan yang bermula hanya dengan memproses dan menjual 50 ekor ayam berkesudahan dengan 18 ladang dengan kapasiti ternakan dan pemerosesan di bawah Bismi Empire Sdn. Bhd. atau Ayam Bismi itu adalah lebih dua juta ekor setiap kitaran.

Ia sekali gus menjadikan Ayam Bismi sebagai sebuah syarikat bumiputera terbesar dalam sektor penternakan, pemerosesan dan pengedaran ayam.

Lahir dengan nama Ayam Bismi, idea bisnes Haji Jaffri yang kuat didukung isteri kesayangannya, Hajah Mazlina Kamarudin itu, bermula pada 1988 setelah beliau menamatkan pengajian dalam industri perladangan di UiTM di Arau, Perlis.

“Bila saya keluar dari ITM (kini UiTM) zaman inflasi jadi memang susah nak dapat kerja. Tetapi memandangkan saya suka berniaga sejak di bangku sekolah sampai ke ITM.

Kecil-kecil sekolah rendah saya diasuh oleh keluarga bawa kuih ke kedai sampai ke masa sekolah saya jual buah di tepi jalan, tidur di tempat berniaga, sudah biasa… pernah suatu masa lepas SPM ambil upah cuci bas dan di ITM macam-macam kerja saya buat.

“Memang saya minat berniaga. Sehingga lepas habis belajar, saya diperkenalkan dengan seorang rakan yang mengajak saya membuka bisnes memproses ayam,” kata Penternak Jaya Kedah 2003 ini dan penerima Anugerah Pemasar Terbilang Lelaki Kebangsaan-FAMA 2004.

Bercerita lanjut kata Pengasas Ayam Bismi ini, pusat pemerosesan ayam pertama yang diusahakan dengan rakan kongsinya itu terletak bersebelahan dengan rumah keluarganya iaitu tapak asal Pusat Jualan dan Ibu Pejabat Ayam Bismi ketika ini.

“Saya masih ingat hari pertama saya sembelih 50 ekor ayam yang dibeli daripada FAMA dan seronok untuk bekalkan. Saya ingat lagi dengan sebuah pikap buruk saya bawa ayam itu untuk dihantar ke pemborong."

“Itu pun bukan senang kerana saya mampu jual 10 ekor sahaja dan lebih bawa balik letak dalam peti sejuk rumah kawan kerana nak bawa balik risau ibu bapa bimbang,” ceritanya.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila rakan kongsi beliau turut menghilangkan diri menyebabkan beban untuk meneruskan perniagaan tersebut tertanggung di bahunya sendirian.

“Sedikit demi sedikit bisnes itu saya besarkan dan saya pun sudah jadi pembekal ayam mahu tak mahu terpaksa teruskan bisnes ayam. Dari situlah saya perlahankan bangunkan diri langkah demi langkah."

"Bulan puasa saya berniaga di tepi pasar, dan banyak dugaan juga dimarah peniaga lain dan disaman majlis. Sehinggalah saya mula dapat tapak tetap di Pasar Tani Alor Setar dan dari satu meja tambah ke lima meja seterusnya bekalkan kepada semua peniaga ayam di situ,” katanya.

Walaupun semakin maju, Haji Jaffri mengakui pernah meninggalkan seketika perniagaan itu untuk bekerja makan gaji di sebuah syarikat multinasional di Kuala Lumpur namun cuma bertahan sehari apabila menyedari minatnya hanya dalam dunia perniagaan.

Demi untuk mengembangkan bisnes tersebut, Haji Jaffri memberanikan diri membuka ladang ternakan pertamanya di Binjal, Napoh pada 1995 dengan kapasiti 20,000 ekor.

“Tanah itu saya sewa… itu pun ada cabaran apabila daripada 20,000 ekor anak ayam yang saya ternak hamper 80 peratus mati kerana penyakit hawar. Tetapi kegagalan itu tetap memberi pengajaran kepada saya untuk berhati-hati,” katanya.

Ceritanya lagi, selang dua tahun selepas itu beliau membesarkan ladang tersebut dengan menyewa tanah bersebelahan sekali gus meningkatkan kapasiti kepada 50,000 ekor ayam setiap kitaran.

Pelbagai masalah daripada pemilik tuan tanah yang disewanya di kawasan itu juga tidak mematahkan semangat Haji Jaffri apabila ia memberi hala tuju baharu kepadanya untuk membeli tanah dan membuka ladang baharu sebagai langkah mengembang perniagaannya itu.

“Di ladang tanah yang kita sewa itu kita hadapi banyak masalah termasuk orang yang diupah untuk ternak ayam itu semakin hari tidak dapat bagi komitmen kepada kita… dari situ salah faham terjadi walaupun buat kontrak lima tambah lima tahun tapi bila tak ada persefahaman dengan tuan tanah akhirnya ternak ayam ini mula kerugian sebab ayam tak besar… ayam mati banyak. Kita ambil langkah pindahkan reban ke tapak tetap tapi bukan langkah mudah akhirnya kita terpaksa bayar pampasan kepada tuan tanah,” jelas penerima Anugerah Usahawan Cemerlang Agrobank 2018 ini.

Serik menyewa tanah selain dihadapkan dengan karenah tuan tanah, Haji Jaffri akhirnya membeli sebidang tanah dengan harga RM80,000 di Kampung Lampam, Pendang pada 1998 dan memindahkan ladang di Napoh ke kawasan itu. Langkah Ayam Bismi tidak terhenti di situ.

Sehingga kini, dengan visi Peneraju Solusi Ayam Halal Untuk Ummah Di Malaysia, Bismi Empire mempunyai 18 ladang bersepadu di seluruh Kedah dengan kapasiti daripada 20,000 hingga 235,000 ekor setiap kitaran malah enam daripadanya ditukarkan kepada ladang tertutup.

Bukan itu sahaja untuk memastikan kualiti ayam yang dipasarkan pada tahap terbaik dan suci, syarikat berkenaan turut membuka makmalnya sendiri dengan pelaburan lebih RM250,000 demi memastikan proses penjagaan pemakanan ayam ternakan bebas daripada penyakit dan sisa khinzir.

Bismi Empire Sdn. Bhd. kini memiliki empat anak syarikat di bawah seliaannya iaitu Bismi Cergas Sdn. Bhd., Ayam Bismi Sdn. Bhd., Ayam Bismi Food Sdn. Bhd. dan Naka Biolife Sdn. Bhd. Bismi Cergas Sdn. Bhd. menjalankan aktiviti menternak ayam, manakala Ayam Bismi Sdn. Bhd. menjadi ejen pemasar, yang menjalankan aktiviti memproses dan memasar ayam.

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
192120587_4340892329294534_7277558036523

Guru gerakkan infaq 2,200 Ayam CSR untuk orang susah

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

KECERIAAN penerima yang kesempitan hidup dan kegembiraan penderma yang dapat menghulurkan sumbangan untuk membantu golongan itu.

 

Dua perkara itu yang memberikan semangat kepada seorang guru, Intan Shafinaz Che Hasan, 43, menggerakkan program Keloi-keloi: Dana Ayam sejak awal bulan lepas.

 

Program yang dijayakan dengan kerjasama Ayam Bismi Sdn. Bhd. melalui program Ayam CSR ini berjaya menginfaq sebanyak 2,200 ekor ayam kepada keluarga miskin, mualaf, OKU dan pusat tahfiz sekitar Alor Setar, Pokok Sena, Jitra, Pendang, Sungai Petani dan Perlis hasil derma daripada orang ramai terutama rakan-rakan media sosialnya.

 

Menurut Intaz Shafinaz yang juga merupakan guru Sekolah Kebangsaan Alor Setar, program tersebut bermula apabila dia mengumpul derma untuk membantu murid sekolah itu daripada keluarga kurang berkemampuan dengan sedekah seekor ayam.

 

“PKPD berlanjutan meresahkan waris sekolah yang rata-rata buruh dan bergaji hari. Mereka golongan yang sangat terkesan."

 

“Memang rancang nak sedekah ayam. Saya selalu tempah Ayam Bismi. Nak jadi cerita rancang nak infaq 75 untuk waris murid sahaja kemudian jadi 500 ekor jadi terpaksa berhubung dengan tokey Ayam Bismi, Hajah Mazlina Kamarudin yang popular itu untuk bantuan logistik."

 

“Sedar tak sedar derma ayam ni sudah pergi merata tempat dan semakin banyak orang susah yang dapat manfaat, Alhamdulillah,” katanya.

 

Tambahnya, dia sama sekali tidak menyangka infaq berkenaan mendapat sambutan mengalakkan daripada kenalan dan orang ramai apabila berjaya mengumpul lebih RM20,450.

 

“Saya berterima kasih kepada penginfaq yang dermawan walaupun seekor ayam pasti membahagiakan satu keluarga,” katanya.

 

Jelas ibu anak tiga ini lagi, pihaknya memilih Ayam Bismi kerana mempercayai ia produk yang boleh digunakan tanpa was-was dan selamat dimakan.

 

“Teknik ternakan ladang ayam mereka moden dan patuh syariah. Beli Ayam Bismi kita sokong produk bumiputera. Inilah sumbangan kecil kita sebagai umat Islam nak makan kena cari yang halal. Saya berharap dapat meneruskan kerjasama ini pada masa akan datang,” katanya.

 

Ayam CSR merupakan salah satu usaha Ayam Bismi Sdn. Bhd. meneruskan tradisi menghulurkan sumbangan melalui khidmat sosial korporat (CSR), dengan pemberian ayam percuma kepada golongan memerlukan.

 

Ia sejajar dengan amalan yang dipuji dalam Islam seperti dalam Surah Al-Baqarah ayat 195, Allah SWT berfirman,

 

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri di dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
192913132_4346343985416035_8415048559296

𝐓𝐞𝐥𝐮𝐫, 𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐣𝐮𝐚𝐝𝐚𝐡 𝟏𝟑 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐤 𝐏𝐊𝐏

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

PANDEMIK yang membawa kepada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak awal Mei lepas merobah status ekonomi banyak keluarga termasuk daripada M40 kepada B40.

 

Itu hakikat keras kehidupan zaman pandemik Covid-19 yang harus ditelan keluarga Salina Mohd. Yatim, 49, seorang tukang urut dari Perlis.

 

Kehidupan Salina 13 beranak sebelum pandemik agak berada dengan pendapatannya sendiri sebanyak RM4,000 sebulan selain hasil perniagaan suami dan anak-anaknya.

 

Namun akibat pandemik terutama dengan PKP yang silih berganti menyebabkan keluarga ini tidak mampu berniaga dan pendapatan kini sekadar bergantung kepada wang simpanan yang sudah tinggal tidak seberapa.

 

“Memang sejak PKP ini saya tidak boleh keluar mengurut sewenang-wenangnya tapi ada juga tempahan namun sejak PKPD di Kedah dan kini lockdown sepenuhnya, langsung tidak boleh mengurut. Lagipun pelanggan saya banyak di Kedah.

 

“Suami yang berniaga buah-buahan di Pulau Pinang pun sejak 10 bulan lepas memang tak dapat berniaga kerana alami kerugian. Termasuk anak-anak saya yang semuanya turut berniaga.

 

“Kami hidup dengan duit simpanan saja tetapi ibarat bukit kalau ditarah mendatar juga itulah duit simpanan pun semakin habis,” katanya yang terpaksa membatalkan puluhan tempahan mengurut dan penjagaan pantang ibu mengandung sejak PKP.

 

Sebagai salah satu cara untuk bertahan dengan sumber kewangan yang semakin terhad, kata Salina yang sudah 14 tahun menjadi bidan, dia dan keluarga terpaksa mencatu makanan.

 

“Kami tinggal sekeluarga seramai 13 beranak termasuk empat anak, tiga menantu, dua cucu termasuk mak dan bapa saudara yang menumpang di sini. Kalau makan tu memang kena catulah. Selalu makan telur atau ikan kering saja sebab itu yang ada di rumah dan orang selalu bagi bantuan.

 

“Ayam dan ikan lagilah payah nak jumpa sejak PKP ni. Kalau nak beli tengok harga dulu kalau murah baru beli. Kalau ke pasar carilah yang orang dok lelong macam ikan sekilo RM4 ke, “ ceritanya.

 

Dia bernasib baik kerana dua daripada empat anaknya bekerja makan gaji sekali gus boleh menampung serba sedikit keperluan keluarga.

 

“Seorang kerja kilang dan seorang kerja di kedai serbaneka boleh juga mereka bantu bayar bil apa yang patut,” jelasnya.

 

Kesempitan hidup itu bukan satu-satunya cabaran yang harus ditempuhi Salina apabila anak bongsunya yang berusia 19 turut disahkan mengalami kemurungan sehingga terpaksa berhenti belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi.

 

“Dia kata tak mahu menyusahkan kami kerana sekarang zaman susah dan nak belajar terpaksa guna banyak duit. Kami pun tak mahu nak paksa sebab doktor sudah sahkan dia hidap kemurungan.

 

“Sekarang walaupun susah saya berusaha jadikan dia gembira kerana tak mahu dia semakin tertekan. Apa yang diharapkan PKP ini akan segera berakhir dan kehidupan kami pulih seperti sediakala,” katanya.

 

Dalam pada itu terkesan dengan nasib keluarga berkenaan, Empire Bismi Sdn. Bhd. melalui program Ayam CSR menghulurkan sumbangan dua ekor ayam.

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
193792200_4347292985321135_9190609331035

𝐂𝐚𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐑𝐌𝟏𝟎𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐲𝐚𝐦 𝐁𝐢𝐬𝐦𝐢

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

SEBAGAI menghargai pelanggan syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. menganjurkan Cabutan Bertuah Ayam Bismi 2021 yang menawarkan hadiah menarik bernilai RM100,000.

Program tersebut yang merupakan acara tahunan syarikat penternakan, pemprosesan dan pengedaran ayam terbesar di utara tanah air milikan bumiputera itu menyediakan 20 televisyen plasma dan 21 motosikal.

Menurut Pengarah Urusannya, Hajah Mazlina Kamarudin yang juga pencetus idea program berkenaan, selain sebagai menghargai pelanggan program juga usaha syarikat berkongsi rezeki dengan mereka.

“Selain daripada berkongsi keuntungan dengan pemberian zakat dan program CSR kita adakan cabutan bertuah ini.

“Program ini mendapat sambutan yang mengalakkan sebelum ini. Sesuatu yang menarik adalah hadiah daripada cabutan bertuah ini dapat memanfaatkan penerimanya apabila yang tak ada motosikal dapat motosikal untuk kegunaan mereka, memang aturan Allah itu hebat,” katanya.

Selain itu, tambah beliau, ia bagi mengalakkan lebih ramai penduduk memilih produk Ayam Bismi.

“Bukan hanya bisnes, ini juga dakwah kerana Ayam Bismi juga peneraju produk halal dan berusaha mendidik anggota masyarakat mencari halal toyyiban.

“Cabutan bertuah ini merupakan acara tahunan dan tahun lepas ia mendapat sambutan mengalakkan. Berdasarkan itu juga, tahun ini kita menambah nilai hadiah yang ditawarkan iaitu RM100,000 berbanding RM80,000 pada tahun lepas,” katanya.

Bagi menyertai cabutan bertuah ini pelanggan hanya perlu membeli produk Ayam Bismi bernilai RM20 sebelum layak menerima satu kupon penyertaan.

Ia terbuka kepada semua pelanggan Ayam Bismi di semua pusat jualannya.

Pelanggan hanya perlu mengisi maklumat peribadi diri dan memasukkan kupon tersebut dalam kotak disediakan di Pusat Jualan Utama Simpang Empat dan 15 outlet di Kedah serta Perlis.

Penyertaan Cabutan Bertuah Ayam Bismi 2021 akan dibuka sehingga Februari tahun depan.

Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan mengedarkan produk.

Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses dan ayam segar beku siap potong dan cuci.

Selain itu, syarikat juga menyediakan produk sampingan seperti chicken popcorn, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
195822258_4350679481649152_2730341720547

𝐀𝐲𝐚𝐦 𝐁𝐢𝐬𝐦𝐢 𝐫𝐚𝐲𝐮 𝐩𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚 𝐝𝐢𝐯𝐚𝐤𝐬𝐢𝐧

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

ALOR SETAR: Syarikat penternakan, pemprosesan dan pengedaran, Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) berharap agar kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi untuk pekerja sektor berkenaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Menurut Pengarah Urusannya, Hajah Mazlina Kamarudin, vaksinasi pekerja dalam sektor perkhidmatan perlu tersebut adalah untuk memastikan operasi pengeluaran bahan mentah utama negara itu berjalan lancar.

“Syarikat Ayam Bismi merupakan pengusaha yang terlibat dalam sektor perkhidmatan perlu dan dibenarkan operasi dalam tempoh sekatan kawalan (lockdown) penuh.

“Kami merupakan sebuah syarikat bersepadu bermula daripada penternakan, pemprosesan dan penjualan ayam dengan kapasiti bulanan sebanyak 1 juta ekor ayam. Operasi kami disokong oleh 400 pekerja. Justeru kami perlu memastikan sejuta ekor ayam dapat dipasarkan setiap bulan kepada pelanggan, “ katanya di sini hari ini.

Katanya, selain itu, Ayam Bismi juga perlu memastikan penternakan dua juta ekor ayam di ladangnya dapat diuruskan dengan baik supaya jaminan bekalan ayam mencukupi untuk pasaran tempatan.

“Syarikat turut menghantar permohonan vaksinasi tersebut pada 6 Jun lepas kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut dan berharap agar ia diluluskan segera memandangkan jangkitan Covid-19 di sektor ini,” katanya.

Tambah beliau, Ayam Bismi sentiasa memastikan operasi di semua ladang dan kilang mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

“Kilang kita turut disanitasi tiga kali sehari untuk memastikan tiada penularan jangkitan selain pemantauan dalam kalangan pekerja bagi memastikan semua mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Selain itu, syarikat juga menyediakan produk sampingan seperti chicken popcorn, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
192224370_4352825414767892_6705002754877

Vaksinasi, kerajaan perlu beri keutamaan kepada sektor pertanian

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

ALOR SETAR: Syarikat penternakan, pemprosesan dan pengedaran ayam, Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) merayu agar kerajaan memberi keutamaan kepada pekerja sektor berkenaan bagi agihan vaksin untuk memastikan kestabilan bekalan makanan negara.

Menurut Pengarah Urusannya, Hajah Mazlina Kamarudin, kepentingan sektor itu tidak wajar diketepikan memandangkan ia juga sektor perkhidmatan perlu yang beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Kita dimaklumkan bahawa fasa keempat program imunisasi ini, sektor perkilangan yang berada di kawasan perindustrian akan diberi keutamaan dan akhir sekali baru sektor pertanian dan perladangan. Kita yang berada di sektor pertanian iaitu penternakan ayam sebenarnya penting kerana ini melibatkan perkara asas dalam kehidupan seharian penduduk.

“Kalau kita buka kilang elektronik, kalau tak ada bahan makanan bagaimana? Sebagai yang terlibat dalam sektor pertanian, kita memohon agar diberi keutamaan dalam pemberian vaksin ini,” katanya.

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dalam sidang akhbar mingguannya mengumumkan fasa keempat program berkenaan yang melibatkan sektor perkilangan seterusnya pembinaan, perladangan, peruncitan dan hospitaliti.

Tambah Hajah Mazlina, pemberian vaksin berkenaan juga demi mengekang penularan jangkitan wabak di sektor berkenaan ketika ini.

“Seperti yang kita tahu, terdapat tiga kilang ayam yang melibatkan lebih 800 kes jangkitan. Kalau benda ini terus berlaku seperti di kilang berkenaan akan menyebabkan lambakan. Contoh, ayam hidup tak boleh masuk kilang, terpaksa dibawa ke pasaran sehingga harga jatuh dan begitu anak ayam tidak boleh dibawa keluar jadi turut menyebabkan harga jatuh,” katanya.

Tambahnya, untuk jangka masa panjang keadaan ini bukan sahaja memperjudikan pengusaha sektor berkenaan malah bekalan makanan untuk pasaran tempatan selain meningkatkan import bahan itu.

“Kita bimbang kacau bilau industri pertanian ini dan adalah amat tidak sihat untuk jangka panjang. Kita perlukan kestabilan dalam industri pertanian kalau tak ada jaminan makanan terpaksa bergantung kepada import sedangkan negara luar pun adalah masalah pandemik.

“Sektor makanan adalah penting termasuk kilang beras, ayam, ikan dan sayur. Kalau kita tengok negara jiran pun ada krisis Covid-19 untuk kita bergantung sepenuhnya bagi import,” kata beliau.

Jelas beliau, pihaknya bersedia mengeluarkan peruntukan bagi menampung kos vaksin tersebut kepada setiap pekerja mengikut harga ditetapkan kerajaan.

“Syarikat menghantar permohonan tersebut pada 6 Jun lepas kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut lanjut dan berharap agar ia diluluskan dengan segera memandangkan jangkitan Covid-19 di sektor ini,” katanya.

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
200927766_4355596104490823_5774242622167

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐀𝐲𝐚𝐦 𝐂𝐒𝐑 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐬𝐧𝐚𝐟, 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐣𝐞𝐣𝐚𝐬 𝐂𝐨𝐯𝐢𝐝-𝟏𝟗

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

ALOR SETAR: Penduduk dalam kalangan asnaf dan mereka yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 terus mendapat manfaat melalui program Ayam CSR anjuran Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) dengan kerjasama anggota masyarakat yang prihatin.

Agihan terbaharu melibatkan sumbangan daripada syarikat agensi pemasaran, 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐌𝐚𝐫𝐤𝐞𝐭𝐞𝐞𝐫 iaitu 30 ekor ayam segar dalam usaha meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung golongan berkenaan.

Sumbangan disampaikan oleh wakil Jabatan Pemasaran Ayam Bismi hari ini kepada penduduk sekitar terdiri warga emas, pesakit terlantar dan tidak berkemampuan.

Salah seorang penerima, Sofiah Abu Seman, 44, dari Jalan Kangkong Simpang Empat iaitu orang kurang upaya (OKU) yang hidup serba kekurangan di samping suami, Karim Md. Saad, 47, dan anak mereka, Mohd. Arif Ramadhan, 13.

Menurut Sofiah, yang menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis, pemberian dua ekor ayam itu cukup menggembirakan keluarga.

“Suami hanya buat kerja kampung kerana perlu menjaga saya sejak potong kaki kiri dua tahun lepas kerana kencing manis selain itu saya juga perlu buat dialisis empat kali sehari di rumah.

“Dengan pendapatan yang tak tentu susah nak beli ayam,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Turut menerima sumbangan, Chik Ghani, 80-an yang uzur kerana masalah sakit lutut yang dihadapinya sejak awal PKP 3.0 bulan lepas.

Chik yang kini dijaga oleh tiga cucu lelakinya merupakan pelanggan setia Ayam Bismi yang ketika masih sihat tidak akan ketinggalan berkunjung ke Pusat Jualan Utama Ayam Bismi di Simpang Empat, Alor Setar.

“Tok Wan memang suka Ayam Bismi masa sihat dulu setiap hari pergi beli. Kalau buka peti air memang penuh dengan Ayam Bismi saja. Sekarang tak sihat kerana sakit lutut sebab itu tak boleh keluar lagi,” cerita cucunya, Abdul Rahim, 21.

Sepanjang PKP 3.0, program Ayam CSR tersebut menerima sumbangan sebanyak RM28,300 daripada individu, syarikat korporat serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk diagihkan dengan pemberian ayam percuma itu.

Ayam Bismi turut menyediakan subsidi dengan setiap pembelian ayam untuk didermakan kepada mereka yang memerlukan itu.

Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Selain itu, syarikat juga menyediakan produk sampingan seperti chicken popcorn, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
198463379_4357677010949399_6812780838623

𝟑𝟏 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐏𝐚𝐤 𝐒𝐮 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐲𝐚𝐦 𝐁𝐢𝐬𝐦𝐢

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

ALOR SETAR: Pak Su atau nama sebenarnya, Md. Saad Ahmad, 51, bukan nama asing di syarikat penternakan, pemprosesan dan pengedaran, Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi).

Pak Su merupakan antara pekerja awal Ayam Bismi ketika syarikat berkenaan mula bertatih dalam bidang perniagaan lebih tiga dekad lampau.

Kesetiaan Pak Su dengan jenama halal toyibban ini sukar dinafikan kerana usai menamatkan perkhidmatannya dengan syarikat berkenaan tujuh tahun lalu, dia memilih untuk menjadi pemborong Ayam Bismi dan dengan perniagaan tersebut dia mengecapi kesenangan hidup.

Kata Pak Su, dia dan Ayam Bismi diibaratkan isi dan kuku. Perjuangan syarikat berkenaan dalam memastikan anggota masyarakat mendapat produk makanan yang halal menarik perhatiannya untuk menjadi pemborong ayam.

“Rasa tenang apabila kita jual benda yang kita sudah yakini bahawa ia halal kerana saya tahu Ayam Bismi bermula daripada cara ayam diternak, disembelih dan proses semuanya mengikut syarak. Tidak was-was lagi,” katanya yang juga merupakan penerima Anugerah Pemborong Cemerlang Ayam Bismi 2020.

Menurut Pak Su, dia juga memilih untuk berniaga ayam kerana terinspirasi daripada kejayaan bekas bosnya, Haji Jaffri Ahmad yang juga merupakan pengasas dan Presiden Ayam Bismi.

“Saya bersemangat untuk berniaga kerana melihat kegigihan bekas bos saya itu yang membuktikan jika kita nekad dan berusaha sedaya upaya kita akan berjaya,” katanya yang mula bekerja dengan Ayam Bismi pada 1990.

Tidak keterlaluan disimpulkan bahawa usaha keras Pak Su membuahkan hasil kerana bermula daripada cuma memborong 50 ekor ayam dari Ayam Bismi dia kini mampu menjual sehingga 300 ekor setiap hari.

“Saya berniaga enam kali seminggu di Pasar Tani seluruh Kota Setar. Tetapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya ambil tempahan secara online sahaja jadi tak berhenti berniaga langsung dan ada juga pendapatan harian,” katanya yang sering melakukan penghantaran dari rumah ke rumah bersama isterinya, Mazlyana Mohd. Jusoh, 41.

Sesuatu yang membanggakan adalah dua daripada tiga anaknya itu kini mengikut jejaknya menjadi pemborong Ayam Bismi iaitu Ayu Nazira, 21, dan Muhammad Aliff Aiman, 20 yang berniaga sekitar Kuala Kedah.

“Dari mereka kecil lagi suka ikut saya berniaga dan lepas habis sekolah memang saya galakkan mereka berniaga ayam. Mereka bermula kecil-kecilan dulu ambil 50 atau 60 ekor sehari macam saya dulu,” katanya.

Kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan sebagai pemborong ayam, Pak Su menasihatkan agar mereka memilih jenama yang diyakini halal kerana ia juga merupakan tuntutan Islam.

Sementara itu sebagai syarikat memperjuangkan ayam halal untuk ummah, Ayam Bismi sentiasa mengalakkan penduduk menjadi ejen atau pemborong produknya yang juga dikenali sebagai ‘Halal Fighter’ untuk menjana pendapatan mereka.

Selain mempunyai lesen menjadi pengedar sah, Ayam Bismi mempunyai pelbagai pakej menarik bagi mereka yang berminat malah ganjaran turut diberikan kepada mereka yang membuat jualan tertinggi.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian, 019 5900060 atau klik sini untuk whatsapp wasap.my/60195900060/nakjadipemborong .

Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Selain itu, syarikat juga menyediakan produk sampingan seperti chicken popcorn, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
196089035_4363489817034785_9220565203549660896_n.jpg

Tabah Karim jaga, temani isteri OKU, derita sakit buah pinggang

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

ALOR SETAR: Kelibat Karim Md. Saad, 47, bukan asing lagi di Rumah Makan Percuma (RMP) sebelum ini.

Malah RMP yang terletak berdekatan Pusat Jualan Utama dan Kilang Memproses Ayam Bismi itu menjadi tempat dia bergantung untuk mendapatkan makanan tengah hari percuma bagi sekeluarga.

Kehidupan Karim, tiga beranak barangkali serba kekurangan dari segi kebendaan namun keluarga itu menjalani kehidupan mereka penuh kasih sayang dan kesetiaan.

Karim, sejak dua tahun lepas terpaksa berhenti kerja kerana perlu mengurus isteri, Sofiah Abu Seman, 44, yang diisytiharkan orang kurang upaya (OKU) setelah kaki kirinya dipotong pada paras paha akibat komplikasi kencing manis.

Selain itu, Sofiah juga menghidap penyakit buah pinggang yang perlu menjalani rawatan dialisis empat kali sehari di rumah mereka di Jalan Kangkong, Simpang Empat di sini.

Lantas rutin harian Karim, selain mencari rezeki menyara keluarga, dia juga perlu menguruskan keperluan Sofiah sepenuhnya termasuk semua kerja rumah daripada masak, basuh dan mengemas.

Begitu juga Karim perlu memastikan rawatan dialisis isterinya itu dilakukan mengikut jadual ditetapkan iaitu empat kali sehari.

Karim bagaimanapun, tidak mengeluh malah menganggap ia cuma satu ujian berat untuk keluarga kecilnya itu walaupun terpaksa berhenti kerja sejak dua tahun lepas kerana masalah itu.

“Dulu kerja di sebuah kilang kopi, lama kerja di situ lebih kurang 15 tahun tetapi apabila isteri sakit dan hilang kaki kiri saya tak ada pilihan selain berhenti kerja untuk mengurusnya.

“Kalau saya tinggalkan dia seorang diri, siapa yang nak bantu dia buat dialisis? Anak lelaki, Mohd. Arif Ramadhan, 13, belajar di sekolah asrama penuh Kubang Pasu,” katanya.

Kata Karim, bagi menyara keluarga, dia melakukan kerja kampung dengan mengambil pelbagai upah termasuk mengecat rumah atau bertukang.

Menurutnya, keperluan makanan tidak menjadi masalah memandangkan dia bercucuk tanam dan menternak ayam sendiri selain bekalan beras akan disumbangkan oleh pihak zakat negeri.

“Alhamdulillah anak juga dapat bantuan termasuk apabila dia nak ke asrama penuh dulu semua guru-guru sekolah rendah dia yang uruskan. Di asrama dia juga dapat bantuan, jadi kurang sikit beban,” katanya.

Prihatin dengan nasib keluarga ini, syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) tampil menghulur sumbangan 2 ekor ayam melalui program Ayam CSR yang diwujud untuk membantu golongan susah mendapat bekalan makanan yang sihat. Syarikat akan beri perhatian dan menghulurkan lagi bantuan.

Karim sekeluarga sebelum ini juga merupakan tetamu tetap RMP setiap hari bagi mendapatkan makan tengah hari untuk keluarganya.

RMP yang beroperasi di premis kedai makan itu diinspirasi oleh Hajah Mazlina dan suami, Haji Jaffri Ahmad yang juga Pengasas Ayam Bismi sebagai rasa prihatin kepada masyarakat setempat terjejas akibat pandemik tahun lepas.

RMP bagaimanapun ditutup sementara sejak bulan lepas ekoran PKP 3.0.

Jika ada yang berhajat nak hulurkan bantuan kepada En Karim, boleh terus menghubunginya:

Telefon: 011 21454210

No. Akaun Bank:

Karinm b. Md Saad

0213141100018072

BSN

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
202765818_4374559419261158_3898817673813

𝗣𝗲𝗺𝗯𝗼𝗿𝗼𝗻𝗴 𝗰𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗹𝗶𝗵 𝗸𝗲 𝗔𝘆𝗮𝗺 𝗕𝗶𝘀𝗺𝗶 𝗱𝗲𝗺𝗶 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 𝘁𝗼𝘆𝘆𝗶𝗯𝗮𝗻

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

PADANG SERAI: Tiga tahun lepas apabila pasangan suami isteri, Mohd. Zaidi Wahab, 46, dan Rohaya Md. Isa, 49, membuat keputusan untuk berniaga ayam proses segar di Kampung Sentosa dekat sini konsep halal toyyiban tidak pernah terlintas di fikiran mereka.

Setahun selepas itu, mereka memilih untuk beralih ke Ayam Bismi berdasarkan keyakinan bahawa jenama tersebut adalah milik syarikat bumiputera muslim yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan mengedarkan produk.

“Baru dua tahun kami ambil Ayam Bismi. Alasannya, pertama kita nak ayam berkualiti dan kita tahu produk ini daripada orang Islam yang ternak dan guna ladang mereka sendiri. Banyak syarikat lain kita tahu ayamnya diternak oleh orang bukan Islam.

“Kita nak pelanggan tahu bahawa kita guna Ayam Bismi daripada orang Islam dan halal toyyibannya tidak perlu dirisau lagi, boleh makan tanpa was-was,” katanya di sini hari ini.

Menurut ibu kepada dua anak ini, alasan lain adalah kemudahan logistik yang disediakan oleh syarikat berkenaan sekali gus memudahkan operasi perniagaan mereka.

“Masalah yang sering kami hadapi adalah penghantaran kerana banyak syarikat tidak menyediakan kemudahan ini dan kami terpaksa pergi sendiri ke kilang mereka untuk ambil ayam. Ayam Bismi pula akan menguruskan penghantaran itu ke gerai kami,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, katanya, pelbagai insentif yang disediakan pihak pengurusan Ayam Bismi kepada pemborong ayam sepertinya sedikit sebanyak memberi semangat untuk meningkatkan jualan.

“Alhamdulillah tahun ini kami dapat Anugerah Pemborong Cemerlang untuk 2020,” katanya yang meningkatkan jualan daripada 30 ekor ayam sehari kepada 200 ekor.

Bercerita tentang rahsianya kata Rohaya, usaha keras diperlukan untuk memastikan peniaga mampu bertahan dalam dunia perniagaan seperti itu.

“Selain itu kena rajinlah. Selain berniaga di gerai dekat Kampung Sentosa kami juga menyediakan khidmat penghantaran ke rumah pelanggan bagi memudahkan mereka terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” tambah yang bercita-cita untuk menjadi pemborong terbesar di kawasan itu suatu hari nanti.

Ayam Bismi Sdn. Bhd sebagai ejen pemasar dan menjalankan aktiviti memproses serta memasarkan jenama tersebut merupakan sebuah anak syarikat bernaung di bawah Bismi Empire Sdn. Bhd.

𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐝𝐚𝐫 𝐬𝐚𝐡 𝐀𝐲𝐚𝐦 𝐁𝐢𝐬𝐦𝐢 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝟎𝟏𝟗𝟓𝟗𝟎𝟎𝟎𝟔𝟎 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭.

Selain itu, Bismi Empire memiliki tiga anak syarikat lain di bawah seliaannya iaitu Bismi Cergas Sdn. Bhd., Ayam Bismi Food Sdn. Bhd. dan Naka Biolife Sdn. Bhd.

Ayam Bismi Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 16 November 2009 oleh Haji Jaffri Ahmad dan Hajah Mazlina Kamarudin untuk memasarkan ayam segar di sekitar Alor Setar. Ayam Bismi Sdn. Bhd. dan Bismi Cergas Sdn. Bhd. adalah pemilik jenama Ayam Bismi yang didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
198790142_4377482358968864_7087484106032

5 beradik hilang tempat bergantung, remaja 20 tahun kini bergelar ibu, bapa

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

KUALA NERANG: Dialah ‘ibu’, dialah juga ‘bapa’ untuk empat adik-beradik lain apabila ibu kesayangan yang juga merupakan ibu tunggal koma setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Ramadan lepas.

Seakan bertimpa-timpa ujian untuk remaja ini apabila ibu, Norhashimah Abdul Majid, 43, yang diharapkan bangkit semula daripada koma itu meninggalkan mereka untuk selama-lamanya hari ini setelah hampir dua bulan mendapat rawatan di ICU Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Nurfarra Asyikin Norazmi, 20, dari Kampung Pasir Puteh Tualak memberitahu, dia dan adik-beradik reda dengan takdir tersebut walaupun mereka kini sudah hilang tempat bergantung.

“Memang sedih tetapi saya harus kuat untuk adik-adik. Lagipun arwah mama selalu pesan jika apa-apa jadi kepadanya, saya harus pikul tanggungjawab jaga adik-adik dan jangan biarkan kami berpisah dalam apa juga keadaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, dia berjanji untuk menunaikan pesanan tersebut menjaga adik-adiknya, Mohd. Hafiq Ridzuan, 18, Nur Anis Amira, 15, Nuraina Amalyna, 12, dan Nurshafinas Fareha, 4, termasuk tiga daripada mereka yang masih bersekolah.

Mengimbas kembali tragedi yang meragut nyawa ibu kesayangan mereka itu, cerita Nurfarra, ia berlaku ketika ibunya mahu pulang rumah dari tempat kerja di pekan Kuala Nerang.

“Mama ambil upah buat kuih raya dan waktu itu dia nak balik rumah naik motosikal. Orang cakap mama terpelusuk bawa kereta dan tayar kereta dia langgar badan mama. Saya masih tak dapat bayangkan kesakitan mama. Selepas itu mama terus koma.

“Apa yang kami ralat adalah orang yang langgar mama itu tak datang pun minta maaf kat kami lima beradik sampailah mama dah tak ada. Dia pergi jumpa tok saja,” katanya dengan nada sedih.

Nurfarra memberitahu, dia yang bekerja sebagai sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kuala Nerang juga terpaksa menumpang di rumah bapanya saudara mereka di kampung tersebut kerana tidak mampu menyewa di rumah lain.

“Sejak setahun lepas apabila mama bawa kami dari Pulau Pinang ke sini kami memang menumpang di rumah ini. Tak mampu nak sewa rumah lain.

“Sekarang lagilah buntu fikir nak cari rumah sewa lain tetapi saya memang nak bawa adik-adik keluar dari rumah ini apatah lagi apabila mama dah tak ada,” katanya.

Tambahnya, mereka juga tidak berhasrat untuk berpindah keluar dari kampung tersebut kerana adik-adiknya sudah selesa bersekolah di kawasan itu.

Memberitahu tentang rutinya, kata Nurfarra, dia akan menguruskan adik-beradiknya dahulu sebelum ke tempat kerja termasuk masak untuk mereka.

Simpati dengan nasib adik-beradik ini, Bismi Empire Sdn. Bhd. tampil menghulurkan bantuan berupa makanan untuk keluarga tersebut.

Menurut Pengarah Urusannya, Hajah Mazlina Kamarudin, beliau turut meminta wakil syarikat menziarahi lima beradik berkenaan selain untuk menghulurkan bantuan juga mengenalpasti cara terbaik menjaga kebajikan mereka yang sudah hilang tempat bergantung.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada remaja berkenaan berikut adalah nombor akaun Nurfarra,

02113 - 29 -00012661 -7 – BSN

(Nurfarra Asyikin Norazmi) 

019-900 4979

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
203946280_4389391984444568_2459515348198

𝗞𝗲𝗻𝗮𝗹𝗶 𝗱𝗼𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗔𝘆𝗮𝗺 𝗕𝗶𝘀𝗺𝗶 𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁, 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

POKOK SENA: Acap kali kita dihadapkan dengan kontroversi ayam mati, ayam suntik dan ayam tercemar bakteria yang membawa kesan negatif kepada kesihatan tubuh badan manusia.

Bukan itu sahaja, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penggunaan antibiotik berlebihan dalam produksi ternakan menjadi sebab utama kepada jangkitan salmonella, bacteria campylobacter, E-coli hingga MRSA yang mampu berpindah daripada haiwan kepada manusia.

Lantas pengguna harus memahami bahawa penting memilih ayam terbaik daripada penternak yang akan memastikan ayam dipasarkan bukan sahaja halal daripada cara sembelihannya malah toyyiban yang selamat untuk dimakan.

Bukan sekadar menternak dan menjual ayam, proses memastikan ayam ternakan itu sihat dan selamat dimakan juga menjadi segmen penting bagi syarikat penternakan, pemprosesan dan pengedaran milikan bumiputera, Bismi Empire Sdn. Bhd. sejak ditubuh pengasasnya, Haji Jaffri Ahmad dengan sokongan isteri, Hajah Mazlina Kamarudin yang juga merupakan Pengarah Urusan syarikat itu.

Menurut Ketua Kesihatan Unggas di Ayam Bismi, Dr. Mohd. Hanafi Ramali, tugasnya dan pasukan teknikal di 18 ladang syarikat berkenaan bukan sahaja untuk memastikan produksi ternakan berjalan lancar mengikut jadual tetapi ternakan yang sihat dan selamat dimakan oleh pelanggan.

“Sejujurnya, produk Ayam Bismi tidak menggunakan sebarang suntikan hormon atau sebagainya kerana itu sesuatu melanggar peraturan di Malaysia dan dunia. Misi kita untuk memastikan pelanggan menikmati daging ayam yang terbaik dan halal toyyiban,”katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ibaratnya, tugas doktor ini perlu sangat akrab dan teliti dari segi penjagaan ternakan bermula daripada anak ayam berusia sehari dibawa ke ladang sehingga tumbesarannya sempurna selepas 30 hari ketika dibawa keluar untuk diproses.

“Tugas kami lebih kepada menjaga kesihatan seterusnya prestasi ayam tersebut dan penilaian tahap kesihatan ayam bermula pada peringkat kemasukan ayam sehingga proses pembesaran. Itu termasuk dari segi prestasi rawatan perubatan sehingga ke proses tangkapan.

“Proses penjagaan kesihatan ini perlu dilakukan secara teliti daripada A ke Z tanpa terlepas satu bahagian pun. Pasukan teknikal akan memantau ladang untuk pastikan operasi berjalan lancar dari segi pengurusan dedak, kebersihan ladang, memantau berat ayam dan pengurusan dijaga rapi oleh Ayam Bismi,” terangnya.

Antara tugas awal veterinar ini di ladang ternakan adalah ujian keseragaman, berat dan kualiti anak ayam serta pensampelan berkala untuk saringan jangkitan virus secara vertical. Sementara persampelan darah secara berkala turut diadakan menganalisis antibodi asal setiap ternakan bagi mengenalpasti waktu sesuai yang sesuai bagi vaksinasi.

Penjagaan kesihatan ternakan yang melibatkan sejumlah 1.9 juta ayam menuntut ketelitian, apatah lagi dengan pelbagai cabaran yang terpaksa pasukannya hadapi pada setiap kitaran ternakan, kata Dr. Hanafi.

“Kita pernah menghadapi krisis harga dedak peringkat global apabila harga dedak, soya dan jagung meningkat. Ujian dari segi kualiti dedak perlu sentiasa dilakukan kerana faktor yang akan mempengaruhi pengeluaran dedak seperti cuaca dan pandemik memberi efek kepada pengurusan dedak. Kita bernasib baik kerana mempunyai makmal sendiri, Naka Biolife Sdn. Bhd., “ katanya.

Jelasnya, cabaran lain adalah untuk memastikan ternakan tersebut sentiasa sihat serta bebas daripada ancaman penyakit.

“Ternakan ayam tidak dapat lari daripada masalah termasuk mycotoxin, jangkitan virus, bacteria dan sebagainya yang membawa jangkitan penyakit bronchitis, penyakit newcastle dan mycoplasmosis. Jadi kami harus pastikan tiada ruang untuk penyakit itu merebak.

“Ancaman terutama mycoplasmosis dan salmonellosis datang daripada pelbagai sumber, kita teliti dengan lebih kerap kehadiran anak ayam jika ada masalah itu dengan kerjasama makmal Naka Biolife,” katanya.

Jelas beliau lagi, penilaian keberkesanan ladang dari segi sistem ladang tertutup untuk memastikan kecekapannya ke tahap memuaskan dari segi pencahayaan, angin dan kedinginan reban untuk keselesaan ternakan.

Tambah beliau, ayam yang sihat dan bebas daripada sebarang kimia serta penyakit atau virus itu penting demi memastikan kesihatan manusia.

“Ini untuk memastikan ayam yang dijual tidak akan memberikan sebarang alahan kerana alahan itu seringkali dikaitkan dengan kontaminasi kekotoran, mycotoxin dan penyalahgunaan antibiotik yang ada dalam daging.

“Alahan ini juga melibatkan kebersihan ayam tersebut termasuk penggunaan antibiotik tanpa kawalan atau preskripsi daripada doktor bertauliah,” katanya.

Di sebalik cabaran tersebut, kata beliau, pasukan kesihatan unggasnya itu gigih melaksanakan tanggungjawab demi memastikan ayam yang bersih dan sihat sampai kepada pengguna.

“Kami mempunyai pengurusan yang kuat memberi sokongan dan itu menjadikan lebih bersemangat memastikan produksi ladang ternakan ini lancar,” katanya.

Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Selain itu, syarikat juga menyediakan produk nilai tambah seperti popcorn ayam, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
207314068_4398456276871472_8155501259933097892_n.jpg

"Nak makan ayam memang payahlah"

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

ALOR SETAR: “Nak makan ayam memang payahlah, tambah lagi kalau tak boleh motong (menoreh).”

Kata salah seorang penduduk di Tualak, Kuala Nerang saat disapa wartawan Berita Bismi ketika menyampaikan sumbangan ayam segar melalui aktiviti amal sekitar kampung di kawasan berkenaan.

Sememangnya, banyak yang terkesan dengan pandemik Covid-19 termasuk penduduk di pedalaman negeri ini.

Prihatin dengan situasi itu syarikat penternakan, pemprosesan dan pengedaran ayam, Bismi Empire Sdn. Bhd, menziarah penduduk berkenaan untuk mengagihkan ayam percuma.

Sebanyak 30 ekor ayam diagihkan kepada orang susah di Kampung Labi, Kampung Tengah dan Kampung Baru di daerah tersebut yang rata-rata merupakan asnaf, ibu tunggal, pesakit terlantar, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Sepanjang PKP 3.0, program Ayam CSR tersebut menerima sumbangan sebanyak RM47,630 daripada individu, syarikat korporat serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk diagihkan dengan pemberian ayam percuma itu.

Ayam Bismi turut menyediakan subsidi dengan setiap pembelian ayam untuk didermakan kepada mereka yang memerlukan itu

Sumbangan terbaharu itu melibatkan syarikat Secret Marketeer dan individu, Puteh Suraya.

Pemberian ayam segar melalui program Ayam CSR dihulurkan untuk menceriakan penduduk di kampung berkenaan selain sebagai tanda simpati syarikat berkenaan kepada golongan berkenaan yang hidup serba kekurangan.

Agihan terbaharu di mukim Tualak itu oleh wakil daripada jabatan pemasaran Ayam Bismi bersama wakil penduduk setempat, Abidin Mat, 64, disambut dengan rasa terharu dan sayu penerima.

“Selalu dapat bantuan beras, gula, kopi dan susu tetapi ayam tak pernah lagi, Alhamdulillah ada juga yang simpati,” kata Saripah Mehat, 50, seorang ibu tunggal dari Kampung Labu, Tualak itu.

Seorang lagi penerima, Abdul Rani Awang, 59, memberitahu kehidupan mereka sekeluarga susah ekoran pandemik apatah lagi dengan situasi harga getah yang tak menentu selain faktor cuaca.

“Macam hari ini hujan memang tak boleh pergi motong (menoreh) getah dan tiadalah duit. Nak beli barang terpaksalah simpan niat tu dulu.

“Macam ayam ni memang payah nak jumpalah kalau tak pergi motong. Mujur dapat ayam percuma ini kalau bawa balik ke rumah tentu anak-anak dan isteri suka dapat makan ayam hari ini walaupun tak boleh pergi motong,” kata penoreh ini yang terpaksa menyara enam keluarganya.

Ziarah itu turut menceriakan seorang OKU yang cacat penglihatan dan kudung kaki akibat kencing manis, Siti Mariam Abdullah, 57, yang kini hanya mampu diam di katilnya.

“Terima kasihlah sudi lawat makcik dan bagi ayam free (percuma),” katanya dengan nada sayu.

Menurut Mariam yang tidak henti-henti mengucap terima kasih kepada wakil Ayam Bismi itu kehadiran mereka cukup menceriakan hatinya.

Begitu juga dengan pasangan warga emas, Saidah Saad, 78, dan Abdul Rahman Ariffin, 80, yang kini hidup bergantung kepada bantuan bulanan zakat yang ceria tatkala menerima tetamu dari Ayam Bismi ini untuk menyampaikan sumbangan.

Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Selain itu, syarikat juga menyediakan produk sampingan seperti popcorn ayam, ayam perap, bebola ayam, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
201808737_4407578289292604_8294303400407629183_n.jpg

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐚, 𝐑𝐌𝐏 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐚𝐠𝐢𝐡 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐫𝐢

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

ALOR SETAR: Dalam situasi serba susah di tengah pandemik, sedekah makan menjadi sesuatu sangat bermanfaat kepada anggota masyarakat terutama mereka yang terjejas teruk dan kehilangan sumber pendapatan.

Atas alasan itu, Rumah Makan Percuma (RMP) yang beroperasi di premis kedai makan berdekatan Pusat Jualan Utama dan Kilang Memproses Ayam Bismi itu kembali mengagihkan makanan percuma hari ini tatkala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 masih berkuatkuasa.

Sebagai permulaan, sebanyak 100 bungkus makanan berkhasiat berupa nasi, lauk ayam dan sayur diagihkan kepada masyarakat setempat terutama asnaf bermula pukul 12.30 tengah hari tadi.

Beroperasi pada 6 Julai tahun lepas, agihan makanan melalui RMP yang diinspirasi oleh Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Hajah Mazlina Kamarudin dan suami, Haji Jaffri Ahmad yang juga Pengasas Ayam Bismi terpaksa dihentikan pada 25 Mei lepas setelah berlaku penularan wabak Covid-19 sehingga pelaksanaan PKP 3.0.

Sesuatu yang pasti agihan makanan itu mengundang keceriaan yang tidak terhingga dalam kalangan penduduk setempat terutama mereka yang sering berkunjung ke RMP sebelum ini.

Menurut salah seorang penduduk, Zakaria Yusuf, 73, yang juga merupakan pengunjung setia RMP, dia melahirkan rasa syukur dengan pengagihan bungkusan makanan percuma itu.

“Kawan ada bagi tahu kelmarin, RMP buka balik tentunya syok sebab lepas juga makan nasi tengah hari, hari ini,” katanya yang terpaksa menanggung lima beranak termasuk tiga cucu.

Sementara, Mohd. Zaidi Md. Isa, 45, memberitahu mata pencariannya terjejas teruk sejak PKP 3.0 kerana perniagaan bengkel keretanya tidak mempunyai pelanggan.

“Saya buka pomen dekat rumah saja dulu ada juga mai perbaik kereta tetapi sekarang tak ada sebab orang tak ada duit pun. Jadi memang sakitlah. Kalau ada yang bagi makan percuma macam ini tentu sangat berguna duit nak beli makan hari ini boleh simpan,” katanya.

Lim Che Hen, 60, seorang buruh kontrak berkata, PKP 3.0 mengakibatkan dia hilang sumber pendapatan setelah tapak pembinaan tempat dia bekerja ditutup.

“Memang susah nak hidup sekarang. Saya kerja gaji harian kalau tak bekerja tak adalah gaji. Ini sudah lebih dua bulan tak ada gaji langsung macam mana nak hidup? Sekarang pun pinjam sana sini untuk beli barang. Ada juga orang beri makan percuma macam ini tentulah sangat baik, kita saling bantu membantu tanpa mengenal bangsa,” katanya.

Menurut Hajah Mazlina, pembukaan semula RMP itu sebagai tanda prihatin syarikat berkenaan terhadap kesusahan yang ditanggung mereka terjejas akibat pandemik.

“Saya merasakan ketika ini banyak yang susah. Jadi apa salahnya jika kita yang ada peluang berbuat sesuatu kepada mereka. Ia sama seperti jika kita melihat jiran kelaparan, jadi tugas kita untuk membantu mereka.

“Kita hanya mencari keredhaan dan keberkatan daripada setiap rezeki yang Allah bagi kepada kita dan salah satunya kembalikan rezeki itu kepada mereka yang memerlukan.

Bila tutup sebelum ini memang hati rasa tak senang mengenangkan nasib mereka yang susah,” katanya

Tambahnya, beliau cuma berharap agar pandemik ini cepat berakhir dan RMP akan kembali bukan sahaja menjadi medan untuk membantu golongan memerlukan tetapi mengeratkan silaturahim.

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
8.jpg

𝐑𝐌𝐏 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

ALOR SETAR: Rumah Makan Percuma (RMP) yang kembali beroperasi dengan mengagihkan makanan tengah hari secara percuma sejak semalam, terus mendapat perhatian penduduk setempat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan terjejas ketika pandemik ini.

Sebanyak 100 pek makanan tengah hari diagihkan kepada mereka yang memerlukan sejak pukul 12.30 tengah hari dan habis setengah jam kemudian.

Rata-rata penduduk yang ditemui memberitahu, agihan makanan tersebut sangat bermanfaat kepada mereka terutama yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Zamri Daud, 52, seorang pesara kelasi kapal memberitahu, dia kini hanya bergantung kepada duit pencennya untuk menyara mereka lima beranak.

“Nak cari kerja memang payah dan saya ambil upah kerja kampung apa yang patut tetapi masa PKP macam ini orang tak ada duit nak bagi upah.

“Kalau ada pihak yang prihatin dapat bagi makan tengah hari macam ini tentulah senang hati. Sekarang bukan orang bandar saja susah orang kampung pun sama sebab tak ada duit kerana tak ada kerja,” katanya ketika ditemui di RMP yang terletak di premis berdekatan Pusat Jualan Utama Ayam Bismi di Simpang Empat di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Rahani Nanyan, 54, yang bekerja pembantu tukang masak berkata, pek makanan percuma itu melegakan kerana sedikit sebanyak dapat menjimatkan perbelanjaannya.

“Kalau ada makanan percuma macam ini memang saya tak masak dah jadi jimat duit,” kata ibu tunggal ini.

Sementara itu Siti Jariah Saidin, 36, yang datang ke RMP bersama seorang daripada tiga anaknya memberitahu kehidupan mereka sekeluarga terjejas ketika pandemik ini.

“Suami hanya pesawah dan pendapatan memang ikut musim dan tiga anak kami masih bersekolah kalau ada peluang berjimat memang kami berjimatlah,” katanya.

RMP yang diinspirasi oleh Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd., Hajah Mazlina Kamarudin dan suami, Haji Jaffri Ahmad yang juga Pengasas Ayam Bismi terpaksa dihentikan pada 25 Mei lepas setelah berlaku penularan wabak Covid-19 sehingga pelaksanaan PKP 3.0 sebelum dibuka semula semalam.

Besok genap setahun RMP diwujudkan bertujuan meringan beban orang susah dan yang terjejas akibat pandemik.

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
9.jpg

𝐒𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐑𝐌𝐏 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐤𝐚, 𝐝𝐮𝐤𝐚

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

ALOR SETAR: Sekeluarga enam beranak yang baru saja terpaksa berpindah keluar daripada rumah mereka di Sungai Tiang Pendang mencari rumah sewa dengan duit hanya tinggal RM50. Ada anak masih kecil termasuk bayi berusia enam bulan bersama pasangan ini dan seketika mereka terpaksa menghuni dalam kereta Proton usang.

Kisah lain, seorang ibu berpantang bersama anak yang berusia 28 hari mengakui begitu teringin menikmati makanan di Rumah Makan Percuma (RMP).

Ada juga seorang wanita yang tidak mampu berjalan, bersama anaknya sanggup singgah ke sini untuk menikmati makan tengah hari kerana beranggapan itu cara paling menjimatkan.

Paling menyedihkan, kisah isteri seorang nelayan yang sanggup menunggang motosikal dari Kuala Kedah ke sini untuk mendapatkan makanan bagi mereka empat beranak kerana suaminya belum pulang dari laut.

Demikian kisah-kisah yang menjadi titipan warga RMP yang hari ini genap usia setahun. Walaupun masih setahun jagung RMP nyata menyimpan banyak kisah daripada tetamu yang hadir untuk menjamu selera di sini.

Tetamu ini sering berkongsi kisah mereka yang seringkali disambut dengan leraian air mata warga RMP kerana ia cukup menginsafkan.

Kisah-kisah inilah sebenarnya yang menjadikan RMP itu sangat relevan dan memberi semangat kepada seluruh warga Ayam Bismi untuk meneruskan tradisi memberi makan percuma kepada orang ramai terutama mereka yang kesempitan akibat pandemik Covid-19.

RMP yang beroperasi berdekatan dengan Pusat Jualan Utama Ayam Bismi di Kangkong Simpang Empat dilahirkan pada 6 Julai tahun lepas dan ia diinspirasikan oleh Pengasas Ayam Bismi, Haji Jaffri Ahmad dan isterinya, Hajah Mazlina Kamarudin.

Tujuannya untuk membantu golongan yang memerlukan terutama asnaf, ibu tunggal dan warga emas terdiri daripada penduduk setempat namun RMP turut mendapat perhatian daripada penduduk di luar daerah ini.

Setiap hari sejak setahun lalu, ratusan penduduk akan singgah di sini bukan sahaja untuk menjamu selera namun beramah mesra dengan warga Ayam Bismi.

Demikian kata Hajah Mazlina, RMP bukan sekadar menyediakan makanan percuma namun menjadi penghubung silaturahim mereka bersama penduduk.

RMP juga melalui fasa sedih apabila terpaksa menutup operasi pada 25 Mei lepas sebagai usaha mencegah penularan wabak Covid-19 sehingga pelaksanaan PKP 3.0.

Seperti kata, Hajah Mazlina, semacam ada kekurangan selain merasakan semakin banyak anggota masyarakat yang tertekan dan kesusahan kerana PKP 3.0, RMP beroperasi semula pada Ahad lepas secara bungkus.

 

Sebagai permulaan, sebanyak 100 bungkus makanan berkhasiat berupa nasi, lauk ayam dan sayur diagihkan kepada masyarakat setempat bermula pukul 12.00 tengah hari.

Bagi kedua-dua tokoh usahawan bumiputera ini, RMP diharapkan berterusan menjadi tempat untuk golongan memerlukan bergantung dan walaupun kecil ia diharapkan meringan serba sedikit beban mereka.

“Hari ini genap setahun, saya berharap RMP akan terus berjasa lagi untuk tahun-tahun seterusnya kepada mereka yang memerlukan,” kata Haji Jaffri.

RMP sebenarnya turut menyediakan makan tengah hari percuma kepada pekerjanya di sini sebanyak 150 bungkus sebagai tanda prihatin syarikat terutama ketika pandemik Covid-19 ini.

Pemberian makan tengah hari percuma itu juga usaha syarikat memastikan semua pekerja tidak perlu keluar membeli makanan di luar ketika waktu rehat tengah hari sekaligus mampu mengekang penularan Covid-19.

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
213463623_4424195007630932_5839716089458118770_n.jpg

Penduduk terharu Bismi Prihatin masuk kampung santuni asnaf

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

KUALA NERANG: Terbayang keceriaan dan keterujaan warga emas, Siti Haminah Taiff, 72, menyambut kedatangan team Bismi Prihatin di rumahnya di Kampung Rambutan di sini baru-baru ini.

Walaupun melangkah masuk ke terataknya itu, yang kelihatan hanya dinding kayu yang kian mereput menanti masa menyembah bumi dan bumbung yang berlubang sana sini.

Namun kedatangan team Bismi Prihatin dengan ditemani aktivis amal di kawasan itu, Merah Hasan dan suaminya, Abidin Mat nyata disambut dengan kegembiraan.

“Terima kasihlah mai (datang) tengok makcik,” katanya tanpa henti-henti.

Warga emas itu memberitahu dia lebih selesa tinggal sendirian walaupun di rumah usangnya itu.

“Anak-anak sudah ada rumah sendiri takkan nak dok (tinggal) dengan makcik. Makcik pun lebih suka tinggal sini tak apalah rumah depa pun bersebelahan saja,” katanya yang mendapat bantuan RM300 setiap bulan daripada JKM.

Dalam ziarah tersebut Bismi Prihatin turut menyampaikan sumbangan ayam segar kepada warga emas ini yang disambut gembira olehnya.

“Ada ayam juga, Alhamdulillah. Terima kasih sekali lagi,” katanya.

Bantuan Ayam CSR itu merupakan satu aktiviti amal syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. untuk membantu golongan memerlukan terutama asnaf mendapat makanan berkhasiat.

Selain Siti Haminah, turut diziarahi beberapa lagi asnaf di kawasan tersebut untuk menyampaikan sumbangan Ayam CSR berkenaan.

Itu termasuk sekeluarga enam beranak yang terpaksa menumpang sebuah rumah peninggalan keluarga yang usang kerana tidak mampu menyewa rumah lain.

Dalam kesempitan hidup keluarga berkenaan terpaksa diami rumah yang bocor selain bilik hanya berdindingkan kain.

Menurut Nornadia Abdullah, 29, dia dan suami, Mohd. Shahrudin Hanafi, 36, serta empat anak mereka yang berusia 12 hingga dua bulan tinggal di rumah tersebut sejak dua tahun lepas.

“Ini rumah arwah tok kami nak sewa luar memang tak mampu sebab suami kerja motong (penoreh) saja.

“Dulu tinggal dengan mak mentua sebab nak berdikari itulah kami pindah sini,” katanya.

Singgahan team Bismi Prihatin di Kampung Kuala Kejai di Padang Temak di sini turut menemukan pasangan suami isteri serta empat anak mereka yang juga mendiami rumah seorang kenalan mereka secara ihsan.

Mohd. Yusuf Md. Noor, 32, dan isterinya, Halimatul Saadiyah Abdullah, 31, serta empat anak mereka tinggal di rumah berkenaan sejak beberapa tahun lepas.

“Mula-mula memang sewa tapi lama-lama kami tak mampu nak bayar. Tuan rumah pun baik hati sudi bagi kami duduk percuma selagi kami tolong jaga rumah ini dengan baik,” katanya yang bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah.

Aktiviti amal, Ayam CSR merupakan salah satu khidmat sosial korporat (CSR), syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) dengan pemberian ayam percuma kepada golongan memerlukan.

Melalui aktiviti berkenaan anggota masyarakat boleh menyumbang ke dalam dana Ayam CSR tersebut bagi membolehkan ia diagih kepada memerlukan. Ayam Bismi turut menyediakan subsidi bagi pembelian ayam untuk tujuan tersebut.

Agihan terbaharu di beberapa kampung di sini semalam merupakan sumbangan daripada Jasmiza Solutions Sdn Bhd.

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
173988476_4432803216770111_1408306748542703104_n.jpg

𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐝𝐮𝐢𝐭 𝐠𝐚𝐣𝐢 𝐚𝐠𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐮𝐬𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

ALOR SETAR: Tersentuh dengan kesempitan orang ramai terutama keluarga yang terjejas akibat PKP 3.0 ketika ini, Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Hajah Mazlina Kamarudin memutuskan untuk memberikan bantuan susu formula bagi kanak-kanak.

Setakat ini sebanyak 87 keluarga terjejas dibantu dari seluruh negara dengan sumbangan sebanyak RM50 bagi membeli pek susu itu.

Hajah Mazlina memberitahu, beliau terinspirasi mewujudkan bantuan dinamakan Dana Susu itu setelah mendengar pelbagai keluhan daripada anggota masyarakat sejak PKP 3.0.

“Mereka ini susah bukan tak ada kerja tetapi ada yang tak dapat nak bekerja kerana PKP 3.0.

 

Mereka adalah pemandu bas pelancong, pekerja kantin sekolah, tukang rumah dan yang tinggal di kawasan PKPD. Banyak juga saya dapat permintaan daripada ibu tunggal yang tidak dapat keluar bekerja.

“Saya sedih apabila mendengar cerita mereka tidak dapat membeli susu anak, terpaksa mengantikannya dengan air gula atau teh kosong cair sampai anak sakit perut. Jadi saya dan suami (Haji Jaffri Ahmad) ada duit lebih, saya buat dana ini,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, sumbangan tersebut daripada wang gaji bulanan mereka sendiri bukan wang syarikat.

“Saya menggunakan platform media sosial untuk mengagih dana susu ini setelah mereka yang terlibat menghantar mesej langsung di laman Facebook.

“Saya tahu ada juga yang cuba menipu saya melihat kepada profil mereka tetapi tak apalah pada peringkat awal ini saya tak tapis sangat,” kata beliau.

Beliau berharap lebih banyak individu tampil menghulurkan bantuan susu untuk kanak-kanak seperti ini.

“Bagi Julai saya berhenti dulu dengan sumbangan sebanyak RM4,350 termasuk sumbangan daripada seorang kenalan, RM200. Saya menyeru supaya dana susu ini diberi perhatian dan diteruskan oleh mereka yang berkemampuan.

“Kenapa susu? Kalau tak ada beras orang dewasa boleh makan benda lain tetapi kanak-kanak kalau tak ada susu? Itu adalah kritikal untuk mereka,” katanya.

Beliau menambah, berpeluang membantu kanak-kanak seperti itu cukup mengembirakan dirinya terutama ketika menatap gambar yang dikirimkan oleh ibu bapa masing-masing.

Kata Hajah Mazlina, beliau berhasrat untuk meneruskan Dana Susu berkenaan pada bulan depan pula.

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
217496321_4438799542837145_2059873298317601848_n.jpg

𝐍𝐚𝐤𝐚 𝐁𝐢𝐨𝐥𝐢𝐟𝐞 – 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐬 𝐣𝐚𝐥𝐢𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐢𝐫 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧

Penulis : Jamliah Hj Abdullah  9 Jun 2021

Mantan Wartawan Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

 

POKOK SENA: Naka Biolife Sdn. Bhd. (Naka Biolife) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis menjalinkan kerjasama meningkatkan proses pemulihan air di relau ladang ternakan ayam milik Ayam Bismi.

Kerjasama melibatkan anak syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) dan universiti yang terkenal dalam penyelidikan pemulihan air dan sisa air itu bermula tahun lepas.

Menurut ahli penyelidik mikrobiologi Naka Biolife, Ts. Isma Syahril Ismail, kolaborasi berkenaan akan memberi nilai tambah dalam sektor ternakan syarikat berkenaan terutama mengurangkan kos penyelenggaraan di relau.

“Air memainkan peranan penting dalam tumbesar anak-anak ayam jadi kita harus pastikan ternakan sentiasa mendapat air yang bebas daripada sebarang bahan asing.

“Itu kerana ia secara tidak langsung membantu tumbesaran ternakan ayam dan pemberian suplemen akan jadi lebih efektif. Ia juga mampu mengurangkan kecederaan pada sistem pencernaan ayam yang boleh membantut sistem tumbesarannya,” katanya di sini hari ini.

Katanya, hasil penyelidikan tersebut kini pada peringkat pelaksanaan di salah sebuah ladang ternakan Bismi Cergas Sdn. Bhd. yang mengendali penternakan syarikat berkenaan.

“Kita akan memperluaskan teknologi ini ke ladang yang lain pula selepas ini. Sistem yang digunakan adalah melalui teknik gabungan proses coagulant dan sinaran ultra unggu,” jelasnya.

Katanya, Naka Biolife sentiasa menjalankan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam usaha mengenalpasti teknologi terkini bidang tersebut selain berkongsi maklumat berhubung bidang biosekuriti, penyelidikan dalam ternakan itu.

Pemulihan air dan air sisa adalah salah satu kepakaran UiTM Perlis di bawah beberapa teknik iaitu; photocatalysis, electrocoagulation, adsorption, ion-exchange, membran filtration, dan rawatan biologi.

Naka Biolife Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 2018 dengan pelaburan lebih RM250,000 untuk mengendalikan satu makmal diagnosis.

Makmal tersebut beroperasi di Pokok Sena melalui kawal selia Team Quality Assuarance dengan seorang ahli penyelidik mikrobiologi berpengalaman itu, kini menjadi segmen terpenting bagi sektor ternakan ayam.

Sebagai anak syarikat, Naka Biolife Sdn Bhd. berfungsi di setiap segmen utamanya, daripada aktiviti menternak ayam yang diuruskan Bismi Cergas Sdn. Bhd dan Ayam Bismi Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti memproses dan memasarkan ayam.

Penulis: Jamliah Hj Abdullah

.

Keterangan gambar:

Ts. Isma Syahril Ismail (kanan sekali) dan Pengarah Ayam Bismi, Iyas Hafeez Jaffri (empat dari kanan) di samping pensyarah serta penyelidik dari UiTM Perlis dan pasukan teknikal yang terlibat dalam proses pemulihan air di