sejarah penubuhan ayam bismi sejak 1987
Segalanya bermula ketika Pengasas merangkap Presiden Ayam Bismi, Datuk Haji Jaffri melibatkan diri dalam bidang perniagaan pada tahun 1987 setelah diperkenalkan oleh rakannya yang ketika itu juga berminat dalam perniagaan menjual daging ayam.
Beliau telah memulakan perniagaan ini dengan membeli ayam hidup daripada pembekal dan kemudiannya disembelih dan terus dipasarkan. Pada hari pertama memulakan perniagaan ini, Datuk Haji Jaffri telah sembelih sebanyak 50 ekor ayam dimana ketika itu tiada lagi tempat untuk menjual ayam. Namun begitu, beliau telah mengambil inisiatif untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat sehinggalah beliau berjaya mendapatkan tempat di Pasar Tani Alor Setar dengan usaha beliau sendiri dimana rakan beliau ketika itu sudah berputus asa.
Semenjak dari itu, beliau telah bertekad untuk membesarkan perniagaan beliau ke arah penternakan dan juga pemprosesan ayam secara besar-besaran. Oleh itu, usaha beliau ini telah mendapat sokongan yang padu oleh isteri beliau, Datuk Hjh. Mazlina yang kini memegang jawatan sebagai Kumpulan Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd.

visi syarikat
Menjadi jenama Ayam Halal yang paling dipercayai di seluruh Malaysia




misi syarikat
Kami adalah entiti perniagaan ternakan bersepadu dari ladang terus ke dapur anda.
Kami menjanjikan ketenangan fikiran dengan menyediakan ayam halal segar pada kualiti premium.
Kepakaran kami adalah di dalam bidang penternakan, pemprosesan dan pengedaran ayam Halal.
Ayam Bismi adalah satu bentuk dakwah dalam mendidik pengguna Muslim tentang kepentingan makan makanan yang Halal untuk mendapatkan kasih sayang Allah.